suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinggal atas bukit, lelaki bina landasan gara-gara malas naik tangga

Allan merupakan seorang jurutera dan memiliki dua cahaya mata.

IDEA kreatif lelaki ini ternyata membawa kesenangan dalam hidupnya.

Menetap di kawasan berbukit, jurutera iaitu Allan Pyne mengakui malas untuk mendaki tangga setiap hari.

Lantas, dia membina satu landasan untuk memudahkan pergerakan dia dan isteri.

Landasan itu turut dilengkapi satu kenderaan kecil untuk dinaiki mereka.

Menggunakan kaedah itu, dia hanya memerlukan tujuh minit untuk naik ke kawasan kediamannya.

"Ia bagaikan tangga ke syurga. Memang puas hati sebab saya buat sendiri hampir 95 peratus," ujarnya yang menetap di Dawlish, Devon, England.

Tambahnya, kesukaran isteri membawa barang dapur ke kawasan rumah selepas membeli belah turut menjadi ilham kepada ciptaan itu.

Allan berusia 55 tahun manakala isterinya, berusia 50 tahun dan mereka memiliki dua anak. - The Sun.

jurutera, tangga, landasan, bukit

Artikel Lain