suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Tak sakit, Jong-un mungkin berlindung di lokasi rahsia

Jong-un menunggang kuda di Gunung Paektu pada Oktober lalu. Foto Korean Central News Agency.

KIM Jong-un tidak sakit dan mungkin bersembunyi di lokasi rahsia untuk melindungi dirinya daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Demikian menurut penjelasan terbaharu pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengenai ketiadaan pemimpin Korea Utara itu di khalayak ramai baru-baru ini.

Korea Utara menegaskan tiada jangkitan Covid-19 dikesan di negara itu meskipun berkongsi sempadan dengan China.

Meskipun timbul desas-desus mendakwa Jong-un menjalani pembedahan jantung, Menteri Penyatuan Korea Selatan Kim Yeon-chul berkata adalah wajar untuk menganggap pemimpin itu mengambil keputusan untuk tidak hadir acara penting pada 15 April lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Jong-un tidak kelihatan pada acara 15 April lalu untuk meraikan hari kelahiran datuknya, Kim Il-sung.

“Kami mempunyai kapasiti risikan yang membenarkan kami untuk berkata dengan yakin bahawa tidak ada tanda-tanda pelik di Korea Utara.

“Dia tidak terlepas acara itu sejak mengambil alih kuasa, tetapi banyak acara ulang tahun dibatalkan kerana wabak Covid-19, ” kata Yeon-chul.

Sementara itu, pegawai AS memberitahu Reuters bahawa Jong-un menggunakan kereta api peribadi miliknya ke sebuah bandar peranginan di pantai timur Wonsan untuk melindungi diri daripada wabak Covid-19.

Yeon-chul mendakwa terdapat sekurang-kurangnya dua insiden sejak pertengahan Januari lalu apabila Jong-un tidak dilihat di khalayak ramai selama hampir tiga minggu. - The Guardian

Artikel Lain