suria

Lebih sejuta kes Covid-19 di Amerika Syarikat

New York merupakan antara bandar yang terjejas teruk akibat Covid-19 di Amerika Syarikat. Foto Reuters

AMERIKA Syarikat (AS) mengesahkan mencatatkan satu juta kes Covid-19.

Angka tersebut merangkumi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan virus itu di seluruh dunia.

Jumlah itu meningkat dua kali ganda dalam tempoh 18 hari ketika negara itu memerangi pandemik Covid-19.

Menurut data daripada Universiti Johns Hopkins, sebanyak 1,002,498 kes jangkitan telah disahkan di AS.

Jumlah sebenar jangkitan virus di AS dipercayai lebih tinggi daripada jumlah kes yang disahkan, dengan pegawai kesihatan awam negeri memberi amaran mengenai kekurangan pekerja terlatih dan bahan dengan keupayaan ujian yang terhad.

Keadaan tersebut sekali gus menyebabkan banyak jangkitan tidak direkodkan.

Sepanyol mencatatkan jumlah kes Covid-19 kedua tertinggi. - Mirror

sejuta, Amerika Syarikat, AS, Covid-19,

Artikel Lain