suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jokowi pecat pegawai dakwa wanita boleh hamil jika kongsi kolam renang dengan lelaki

Kenyataan Sitti dianggap memalukan KPAI dan juga negara Indonesia.

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) yang mendakwa wanita boleh hamil jika berkongsi kolam renang dengan golongan lelaki telah dipecat.

Sebelum ini SItti Hikmawatty mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati semasa menggunakan kemudahan awam tersebut.

Namun Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi terpaksa campur tangan untuk memecat Sitti setelah kenyataannya itu tidak disenangi ramai.

Awal minggu ini, KPAI mengumumkan bahawa mereka mahu Sitti dipecat kerana kenyataan itu memalukan suruhanjaya itu dan juga negara.

Disebabkan dia enggan berundur, kakitangan KPAI terpaksa merayu kepada Jokowi untuk memecat Sitti.

Jokowi difahamkan telah menandatangani surat mengenai keputusan pemecatannya dengan segera.

Setiausaha Sekretariat Negara Setya Utama turut mengesahkan perkara tersebut. - Dailystar

hamil, kolam renang, Jokowi, KPAI

Artikel Lain