suria

Kajian dedah perokok lebih berisiko dapat jangkitan Covid-19

Penemuan itu diterbitkan dalam European Respiratory Journal.

KAJIAN terbaharu mendedahkan perokok dan penghidap penyakit kronik sistem pernafasan (COPD) lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Ia berikutan paras molekul yang tinggi dalam paru-paru, membolehkan ia dimasuki virus berkenaan dan memberi jangkitan.

Diketuai University of British Colombia dan Hospital St. Paul. Vancouver, Kanada, kajian itu melibatkan sampel 21 paru-paru pesakit COPD dan 21 individu yang tidak mempunyai COPD.

Dalam kajian berkenaan, mereka menguji sempel untuk menyukat paras molekul dikenali sebagai angiotensin converting enzyme II (ACE-2) yang ditemui di permukaan paru-paru.

Ia bertindak sebagai 'entry point' untuk koronavirus masuk ke dalam sel paru-paru.

Antara faktor lain yang direkod termasuklah jika pesakit merupakan perokok, bekas perokok dan tidak pernah merokok.

Penemuan yang diterbitkan dalam European Respiratory Journal itu turut menunjukkan pesakit COPD mempunyai paras ACE-2 lebih tinggi berbanding individu bukan penghidap COPD.

Lebih mengejutkan, paras itu dicatatkan lebih tinggi dalam paru-paru perokok. - Jakarta Post.

perokok, COPD, paru-paru, Covid-19

Artikel Lain