suria

Aksi berjemur tanpa seurat benang, enggan pakai topeng muka timbulkan kebimbangan pihak berkuasa

Negara itu sehingga kini merekodkan lebih 5,000 kes Covid-19.

BIARPUN undang-undang di Czech Republic membenarkan rakyatnya tidak berpakaian di beberapa kawasan yang ditetapkan, keengganan mereka memakai topeng muka adalah satu kesalahan ekoran Covid-19 yang sedang melanda.

Kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang ketat bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Malah, pihak polis turut mengeluakan kenyataan selepas pegawainya mengesan ada individu yang berjemur tanpa seurat benang dan tidak menutup wajah di bandar Lázně Bohdaneč, timur Prague.

"Malangnya, ramai yang berjemur dalam kumpulan besar, dan sebilangan mereka tidak pakai penutup wajah.

"Apabila polis tiba, kesemua mereka setuju dengan ketetapan kerajaan yang mewajibkan pemakaian topeng muka.

"Mereka dibenarkan tidak berpakaian di kawasan dalam ketetapan kerajaan, tapi mesti tutup mulut dan berkumpul dalam jumlah kecil sahaja," ujar pihak polis.

Negara itu sehingga kini merekodkan lebih 5,000 kes Covid-19 dan 123 kematian.- Mirror.UK

berjemur, Covid-19, polis

Artikel Lain