suria

Firasat keluarga jadi nyata, budak hilang selepas mandi pantai ditemui dalam perut buaya

Gerakan menyelamat digerakkan sejurus laporan kehilangan dibuat ahli keluarga. Foto: Shutterstock/File

MAYAT seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang hilang ditemui dalam perut seekor buaya sepanjang lima meter pada Khamis di Pulau Buru, Maluku, Indonesia.

Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar berenang di pantai di perkampungan Waimingit, pagi Rabu.

Gerakan menyelamat digerakkan selepas keluarga mangsa membuat laporan kehilangan.

Hasil pencarian, mereka menemui seekor buaya sebelum membuat keputusan untuk menembak dan membelah perut buaya sebelum menemui mayat mangsa.

"Buaya ditemui 150 meter dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

"Memang ibu bapa syak anak mereka dimakan buaya," ujar wakil pasukan penyelamat.

Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga dan selamat dikebumikan. - Jakarta Post.

buaya, budak hilang, pantai

Artikel Lain