Suami doktor tembak mati 5 jiran buat bising dari balkoni rumahnya ketika perintah berkurung dijalankan

Anton Franchikov, 31, melepaskan tembakan dari balkoni rumahnya menggunakan senapang untuk memburu. -foto

SEORANG doktor melepaskan tembakan dari balkoni rumah selepas penduduk berhampiran membuat bising ketika tempoh perintah berkurung dijalankan, kata polis.

Anton Franchikov, 31, membunuh lima individu selepas berlaku situasi tegang melibatkan dirinya dan penduduk di blok pangsapurinya pada minggu kedua arahan berkurung dilaksanakan.

Dia menembak tiga orang yang sedang berada di atas jalan di luar rumahnya di Yelatma, sebuah penempatan di rantau Ryazan dengan 3,100 penduduk, sebelum berlari di bawah untuk menembak dua yang lain ketika mereka cuba untuk bersembunyi di apartmen masing-masing.

Dia telah ditahan oleh polis manakala isterinya seorang doktor yang berpangkalan di hospital tempatan, turut disoal oleh Jawatankuasa Siasatan Rusia.

Ketua pentadbiran tempatan Grigory Danilov memberitahu media tempatan: "Ini adalah konflik antara jiran yang berkembang kepada kes tembak. Mereka bertekak dan dia akhirnya mengambil senapang.

"Minggu kedua kuarantin mencetuskan psikologi buruk rakyat. Orang ramai tidak mempunyai komunikasi."

Pasangan suami isteri ini antara mangsa yang maut ditembak. -foto MetroUK

Mangsa dikenalpasti adalah pasangan suami isteri Yevgeny dan Kristina Tabunov, berusia 24 dan 22 tahun, serta Ilya Kondrakov, 26, Viktor Kapitanov, 24 dan Maksim Ukhov, 31.

Franchikov cuba melarikan diri setelah melepaskan tembakan tetapi berjaya ditangkap oleh polis.

Dia merupakan seorang pakar perubatan di sebuah kemudahan neuropsychiatrik, telah berkahwin dan mempunyai anak.

"Saya tak boleh mengatakan bahawa dia seorang lelaki bodoh atau sakit," kata Danilov.

"Mereka macam keluarga muda biasa."

Penyiasat turut menyiasat dakwaan bahawa suspek mempunyai sejarah keganasan rumah tangga dan menyiarkan bahan ekstrem di media sosial.

Rusia menjalankan salah satu 'lockdown' koronavirus paling ketat pada Mac, dengan penduduk tidak boleh keluar rumah kecuali untuk membeli makanan, ubat, atau berjalan kaki 100m dengan haiwan peliharaan.

Pasukan pegawai merancang untuk menggunakan pengesanan telefon serta rangkaian kamera pengawasan secara meluas dalam pelaksanaan kuarantin dan menghukum mereka yang ingkar.

Parlimen Rusia telah meluluskan pakej undang-undang 'anti-virus' termasuk hukuman sehingga tujuh tahun penjara kerana melanggar perintah kuarantin.

Langkah-langkah yang ketat telah dilaksanakan buat pertama kali di Moscow dengan daerah-daerah lain tidak lama lagi akan menyusul. -Metro UK

tembak, doktor, psikologi, bising

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain