suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keadaan bertambah buruk, PM Britain masuk ICU

Gambar fail Boris Johnson yang kini dimasukkan ke wad ICU selepas keadaannya bertambah buruk akibat Covid-19. Foto Reuters

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) susulan menghidap Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh wakilnya di Downing Street.

Perdana menteri itu bagaimanapun dalam keadaan sedar dan tidak menggunakan ventilator.

ARTIKEL BERKAITAN: PM Britain dimasukkan ke hospital, alami simptom berterusan Covid-19

Terdahulu, beliau dimasukkan ke Hospital St Thomas pada Ahad malam, dan keadaannya bertambah buruk pada Isnin.

Johnson disahkan positif Covid-19, 10 hari lalu.

Pemimpin berusia 55 tahun dipindahkan ke ke wad ICU pada kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan, selepas mengalami kesukaran bernafasan yang memerlukan bantuan alat pernafasan. - Mirror UK

Artikel Lain