suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat penumpang boleh diubah jadi hospital sementara Covid-19

Ratusan pesawat tidak beroperasi susulan wabak Covid-10. Gambar hiasan. Foto AFP via Getty Images/Daily Star

RATUSAN pesawat penumpang tidak beroperasi akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan perjalanan udara antarabangsa.

Bagaimanapun, ia boleh digunakan sebagai hospital buat sementara untuk merawat pesakit Covid-19.

Kini terdapat rancangan yang dicadangkan untuk menggunakan pesawat besar, seperti Boeing 747 atau Airbus A380 dua tingkat sebagai wad unit rawatan rapi (ICU).

Pesawat moden mempunyai kesemua keperluan saluran untuk bekalan oksigen kepada pesakit.

Selain itu, ia turut mempunyai sistem aliran udara yang dapat meminimumkan penyebaran virus menerusi udara.

Dengan pemindahan semua kerusi penumpang, sebuah pesawat besar mampu menampung antara 100 hingga 150 katil bagi wad ICU.

Rancangan yang dinamakan sebagai Project Caircraft itu diketuai oleh Jonathan Sackier, 62, seorang pakar bedah, usahawan dan pendidik.

Usahasama beliau turut disertai oleh usahawan teknologi, Nick Dyne, 58, dan seorang penganalisis industri penerbangan, Chris Tarry, 66.

Bercakap kepada Times, Tarry berkata, sistem yang sama telah digunapakai oleh pesawat tentera bagi merawat pesakit.

Beliau menambah, pesawat yang telah berada di lapangan terbang dengan kemudahan pengangkutan kelas pertama, manakala hotel-hotel berdekatan boleh dijadikan sebagai penempatan sementara untuk petugas kesihatan. - Daily Star

Artikel Lain