suria

Wartawan TV bersiaran dari rumah terkejut ayah buat ‘kemunculan’ tunjuk badan

Jessica pada mulanya tidak menyedari kemunculan bapanya semasa membuat rakaman sehingga melihat riak wajah ibunya di belakang kamera. Foto Twitter/Mirror

SEJAK penularan wabak Covid-19, semakin ramai bekerja dari rumah sebagai langkah-langkah pencegahan.

Pendekatan itu turut dilakukan oleh saluran berita SSN di Florida di Amerika Syarikat (AS).

Seorang wartawan, Jessica Lang mula bekerja dari rumah sejak minggu lalu, dan mendapatkan bantuan ibunya, Diana untuk mengendalikan kamera.

Bekerja dari rumah, Jessica memilih dapur sebagai lokasi rakaman untuk segmen yang dikendalikannya.

Bagaimanapun, semasa rakaman dibuat, tanpa disangka-sangka bapanya membuat 'kemunculan' dari arah belakang.

Jessica hanya menyedari perkara tersebut selepas melihat riak wajah terkejut ibunya yang berada di belakang kamera.

Menoleh ke belakang, Jessica dapat melihat bapanya yang selamba berjalan ke arah dapur.

Lebih melucukan apabila Kevin ketika itu sedang memakai bajunya sehingga menampakkan badannya.

Dia menyangka tidak kelihatan dalam rakaman, tetapi sudah terlambat apabila kelibatnya berjaya dirakamkan. - Mirror

wartawan, badan, SSN

Artikel Lain