suria

Kubur pesakit Covid-19 digali, jenazah terpaksa dipindahkan ke lokasi lain gara-gara ditolak penduduk kampung

Kubur pesakit yang meninggal dunia akibat COvid-19 terpaksa digali dan jenazahnya dipindahkan ke lokasi lain selepas ditolak penduduk kampung. Foto: Kompas.com/Dok Bupati Banyumas

PENDUDUK salah sebuah kampung di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia menolak jenazah positif Covid-19 untuk dikebumikan di kawasan itu.

Dipetik laporan Tribunnews, Dato Bandar Banyumas, Achmad Husein, turun untuk menolong memindahkan jenazah tersebut ke lokasi lain selepas penduduk bertegas enggan membenarkannya dikebumikan di kampung mereka.

"Saya sebenarnya mahu menunjukkan bahawa mayat pesakit positif Covid-19 selepas kematian tidak berbahaya.

"Dalam masa yang akan datang, kita akan terus war-warkan supaya komuniti tahu dengan tepat bahawa hal itu tidak ada masalah dan tidak berbahaya.

"Apabila virus itu berada di dalam badan jenazah dan berada di dalam tanah, ia akan mati dengan serta-merta," katanya.

Kubur pesakit itu terpaksa digali kerana mendapat bantahan daripada masyarakat setempat dan kampung-kampung sekitar.

Penduduk kampung itu bimbang apabila pengebumian dilakukan di kawasan tersebut akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk sekitar.

Pesakit itu dilaporkan meninggal dunia di hospital Margono Soekarjo Purwokerto pada Selasa selepas dirawat di ruang pengasingan. - Tribunnews

kubur, gali, jenazah, Covid-19

Artikel Lain