suria

Ajaib! Nenek 96 tahun berjaya ‘lawan’ Covid-19, dibenarkan keluar hospital selepas enam hari dirawat

Anita dibenarkan keluar hospital selepas disahkan pulih daripada Covid-19. Foto: KDVR

AJAIB! Nenek berusia 96 tahun yang dijangkiti Covid-19 mengejutkan ramai apabila dia disahkan pulih daripada wabak berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Malah ahli keluarga kepada nenek bernama Anita Hernadez itu juga tidak mempercayai wanita berkenaan mampu bertahan dan sembuh daripada wabak yang membawa maut itu, memandangkan faktor usianya yang sudah lanjut.

Anita dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Denver, Colorado selepas dia berjaya bertahan daripada wabak penyakit yang mana dilaporkan mengorbankan kira-kira 13.4 peratus pesakit yang berusia 80 tahun ke atas, menurut satu kajian.

Hernandez terlantar di hospital selama enam hari selepas jatuh sakit pada 18 Mac.

Ahli keluarga Hernandez membawanya ke hospital dua hari kemudian kerana menyangka dia terkena serangan strok.

Ujian yang dilakukan oleh pihak hospital akhirnya mendedahkan bahawa Hernandez dijangkiti Covid-19 selain turut menghidapi pneumonia.

Hernandez kini terus menjalani kuarantin di rumah. - Metro.co.uk

nenek, Covid-19, pulih

Artikel Lain