suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah kematian di AS akibat Covid-19 atasi China

Kematian akibat wabak itu meningkat dari semasa ke semasa.

LEBIH 3,400 disahkan maut akibat Covid-19 di Amerika Syarikat, sekali gus mengatasi jumlah kematian direkodkan China.

Menurut data Johns Hopkins University, sehingga Selasa, sekurang-kurangnya 3,415 dilaporkan meninggal dunia di seluruh AS akibat wabak tersebut.

China merekodkan 3,309 kematian walaupun negara itu didakwa menyembunyikan sebenar jumlah korban jangkitan itu.

Itali masih kekal sebagai negara yang mencatatkan kematian tertinggi dengan 12,400 kes.

Sepanyol merekodkan angka kematian kedua tertinggi dengan lebih 8,200 kes.

Jumlah kematian akibat wabak itu diseluruh dunia melebihi 40,000.

Namun situasi lebih buruk akan melanda AS sehingga menyakinkan Presidennya, Donald Trump untuk melanjutkan perintah penjarakan sosial sehingga 30 April ini.

Lebih 100,000 kes kematian diramal akan berlaku di negara itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang. - Metro.co.uk

Artikel Lain