suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meskipun sudah bersara, doktor ini masih kerja ‘part time’ rawat pesakit sebelum meninggal dunia kerana Covid-19

Dr Alfa Saadu meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat dijangkiti Covid-19. Foto: Metro.co.uk

MESKIPUN sudah bersara, namun doktor ini tetap menyumbang bakti dengan bekerja secara separuh masa di sebuah hospital.

Bagaimanapun, Dr Alfa Saadu menghembuskan nafas terakhirnya selepas dua minggu bertarung nyawa gara-gara dijangkiti Covid-19.

Menerusi posting di laman sosial, anak lelakinya, Dani memaklumkan bapanya meninggal dunia pada Selasa.

"Hari ini (Selasa) dalam anggaran pukul 7.30 pagi, Dr Alfa Saadu (ayah saya) meninggal dunia akibat koronavirus.

"Dia telah berjuang melawan penyakit tersebut selama dua minggu dan tidak mampu melawannya lagi. Pekhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sangat hebat dan mereka melakukan sebaik mungkin," tulisnya.

Menurut Dani, bapanya berkhidmat dengan NHS selama hampir 40 tahun.

"Sehingga sebelum dia jatuh sakit, dia masih bekerja separuh masa menyelamatkan pesakit," tulisnya lagi.

Dr Saadu yang meninggal dunia pada usia 68 tahun, sebelum ini bekerja secara separuh masa di Queen Victoria Memorial Hospital di Welwyn, Hertfordshire. - Metro.co.uk

doktor, Covid-19, separuh masa, bersara

Artikel Lain