suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petugas kesihatan berang Trump tuduh curi topeng muka tanpa kemuka bukti

Petugas kesihatan sedang merawat pesakit Covid-19 di sebuah khemah yang didirikan di luar Hospital Elmhurst dekat New York.

DONALD Trump menuduh kakitangan kesihatan mencuri topeng muka ketika krisis Covid-19.

Presiden Amerika Syarika itu berkata permintaan terhadap topeng muka di sebuah hospital di New York dianggarkan antara 10,000 hingga 20,000 tetapi kini meningkat kepada 30,000.

Beliau mengakui keadaaan semasa pandemik adalah berbeza tetapi memberitahu pemberita supaya menyiasat insiden itu.

Trump tidak memberikan maklumat lanjut berkaitan kes itu tetapi mendakwa aktiviti yang dilakukan menerusi pintu belakang itu berlaku di banyak hospital.

"Ada sesuatu tidak kena dan anda perlu teliti perkara ini.

"Ke mana hilangnya topeng muka, adakah ia hilang menerusi pintu belakang?," soalnya.

Kenyataan Trump itu bagaimanapun dikecam petugas kesihatan yang kurang senang dengan dakwaan tersebut.

Presiden Persatuan Hospital Greater New York, Kenneth Raske berkata peralatan perlindungan diri (PPE) adalah satu perkara yang melindungi petugas daripada dijangkiti wabak Covid-19. - Metro.co.uk

Artikel Lain