suria

Mayat pesakit Covid-19 diangkut guna forklift sebelum disimpan dalam treler 'sejuk'

Treler menempatkan mayat pesakit Covid-19 di New York.

RAKAMAN video menunjukkan mayat dimasukkan ke dalam treler dilengkapi penghawa dingin di New York ketika kematian akibat wabak Covid-19 mencecah 1,000 orang.

Video yang dimuatnaik di laman YouTube itu menyaksikan petugas kesihatan menggunakan forklift untuk mengangkut kesemua mayat sebelum dimasukkan ke dalam treler tersebut yang diletakkan di luar Hospital Brooklyn.

Dalam video itu seorang lelaki yang merakam video itu berkata:"Ini kisah benar. Situasi di Brooklyn. Mereka menyimpan mayat di dalam treler.

"Ini bukan gurauan. Ini Hospital Brooklyn. Situasi ini mungkin membuatkan anda mengambil serius perkara ini," katanya.

Setakat pagi Isnin, New York mengesahkan 60,000 kes positif Covid-19 dengan sekurang-kurangnya 965 maut akibat wabak itu.

Peningkatan itu menyebabkan kekurangan katil dan kemudahan perubatan di hospital dan pusat kecemasan di seluruh wilayah tersebut.

Untuk mengatasi kesesakan di bilik mayat, New York telah mewujudkan bilik mayat tambahan termasuk treler yang dilihat di dalam video yang tular itu.

Dua treler turut dilihat diletakkan di penjuru jalan 30th Street dan FDR Drive minggu lalu. - Metro.co.uk

treler, mayat, penghawa dingin, Covid-19

Artikel Lain