suria

Penduduk kampung terpencil di Assam bina pondok kuarantin tetamu, elak Covid-19 merebak

Pondok kuarantin daripada buluh dan daun pisang itu disiapkan dalam masa dua hari.

KETIKA India dan ratusan negara di seluruh dunia berdepan pandemik Covid-19 yang telah meragut lebih 34,000 nyawa, penduduk di sebuah perkampungan terpencil di Assam, mengambil langkah bagi menyelamatkan diri mereka daripada virus berbahaya itu.

Penduduk di kampung Hangrum di daerah Dima Hasao membina pondok sementara berkonsep mesra alam sebagai lokasi kuarantin sesiapa sahaja yang berkunjung uar ke kampung mereka.

Perkampungan yang dipenuhi suku kaum Zeme Naga ini terletak di sempadan Assam-Manipur.

Susulan arahan kerajaan, penduduk perkampungan itu dengan sokongan ketua kampung telah membina pondok itu bagi mengelak merebaknya  wabak berkenaan.

Pondok itu diperbuat daripada buluh dan daun pisang serta mampu memuatkan kapasiti antara 15 hingga 20 orang.

Bagaimanapun, tiada kemudahan elektrik di pondok itu dan pengunjung ke kampung itu hanya akan tidur di lantai.

Pondok hasil inisiatif penduduk tempatan itu dihasilkan dalam masa dua hari dan ia langkah kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penularan Covid-19 di kampung berkenaan.-IndiaToday.in


Covid-19, Assam, India

Artikel Lain