suria

Anjing pernah dilanggar bas setia tolak kerusi roda warga emas

Rakaman yang menjadi tular di internet. foto: CEN/@fidana_d.

CUKUP menyentuh hati.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai video seekor anjing sedang menolak kerusi roda dinaiki seorang lelaki warga emas

Anjing itu dikatakan menolak pemiliknya, Anatoly Derbenev yang berusia 70 tahun.

Kejadian itu dirakam di sebuah bandar di Khazakhstan dan menjadi tular setelah dikongsi di media sosial.

"Rupa-rupanya anjing itu pernah kena langgar dengan bas. Tapi ia tidak trauma dan sanggup tolak pemiliknya di jalan yang dipenuhi kenderaan.

"Ia membantu seboleh yang mungkin," tulis individu yang berkongsi video itu.

Dalam pada itu, orang ramai turut memberi reaksi positif dan memuji kepintaran anjing berkenaan.

"Anjing merupakan kawan sebenar. Kita tak patut lupakan mereka.

"Anjing tak akan khianati sesiapa. Mereka setia selamanya," tulis beberapa netizen. - Daily Star.

anjing, kerusi roda

Artikel Lain