suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petani hilang rupa-rupanya dimakan khinzir peliharaan

Khinzir yang dipelihara mangsa.

SEORANG petani yang dilaporkan hilang dikhuatiri dimakan khinzir peliharaannya selepas penemuan serpihan tulang berhampiran kediamannya.

Pegawai penyiasat berkata petani itu yang berusia dalam lingkungan 70-an itu dipercayai dimakan haiwan tersebut sekitar 1 Januari dan 8 Januari lalu.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika khinzir peliharaan mangsa bebas berkeliaran dekat kediamannya.

Petani itu yang tidak didedahkan identitinya kali terakhir dilihat pada 31 Disember lalu di ladangnya di Lubin, kira-kira 260 batu dari Warsaw di Poland.

Lelaki itu yang tinggal bersendirian dimakan sepenuhnya haiwan tersebut dengan beberapa tulang dan serpihan tengkorak yang tinggal.

Namun punca sebenar kematian lelaki itu masih menimbulkan tanda tanya.

Jiran mangsa menghubungi pihak polis selepas menjumpai serpihan tulang ketika mengambil air di sebuah perigi berhampiran rumah lelaki itu pada Rabu minggu lalu.

Bedah siasat dilakukan pada Isnin lalu dan keputusannya masih belum didedahkan. - Metro.co.uk

khinzir, tengkorak, tulang, mati, petani

Artikel Lain