suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laman web lucah tawar jawatan pengarah untuk Meghan Markle

Meghan dan Putera Harry membuat pengumuman berundur daripada menjalankan tugas-tugas rasmi diraja. FOTO: Getty Images.

KEPUTUSAN Putera Harry dan isteri, Meghan Markle untuk berundur daripada menjalankan tugas-tugas rasmi diraja ternyata menerima perhatian ramai.

Selain rakyat dan peminat yang terkejut, sebuah laman web turut memberi reaksi luar biasa atas keputusan mengejutkan itu.

Laman web lucah YouPorn menawarkan Meghan satu jawatan untuk mengendalikan organisasi mereka.

Ujar pemilik laman web video itu, Meghan sangat sesuai untuk dilantik sebagai pengarah.

Ujarnya lagi, wanita berusia 38 tahun itu mampu mencari penyelesaian kreatif dalam mengendalikan laman web berkenaan.

Dalam pada itu, Harry dan Meghan membuat keputusan mengejutkan itu pada minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat The Duke dan Duchess of Sussex itu dalam satu kenyataan di Insatgram mereka pada Rabu malam. - Daily Star.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain