suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alahai kesian! Biri-biri tersepit sebab terlalu gemuk, terpaksa diselamatkan pegawai bomba

Biri-biri bernama Yum Yum itu tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pegawai bomba. Foto: Hampshire Fire and Rescue Service/PA

PEGAWAI bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor biri-biri yang tersepit antara pagar dan dinding yang menempatkan timbunan baja kompos, gara-gara terlalu gemuk.

Biri-biri bernama Yum Yum yang berusia dua tahun itu pada mulanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Holbury bersama seekor lagi biri-biri bernama Tasty, sebelum ia tersepit ketika melalui ruangan sempit dek kerana saiz badannya yang besar.

Usaha mengeluarkan Yum Yum mengambil masa selama satu jam.

Seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Hampshire berkata: 'Ia tidak cedera, dan sekarang ia gembira kembali kepada tuannya'.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan anjing pengembala cuba 'menghalau' kawanan biri-biri itu ke tempat selamat gara-gara banjir yang berlaku di kawasan berkenaan. - Metro.co.uk

Biri-biri, tersepit, gemuk, bomba

Artikel Lain