suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perogol paling prolifik Britain mungkin dijatuhkan hukuman lebih berat, dilanjutkan tempoh penjara

Sinaga yang dilabel sebagai perogol paling prolifik di Britain, berkemungkinan bakal menerima hukuman yang lebih berat. Foto: Cavendish

REYNHARD Sinaga, yang dilabel sebagai perogol paling prolifik di Britain, berkemungkinan bakal menerima hukuman yang lebih berat selepas Perkhidmatan Pendakwaan Crown  (Crown Prosecution Service) menulis sepucuk surat kepada peguam yang mengatakan dia sewajarnya menerima hukuman melebihi 30 tahun penjara.

Sinaga, seorang pelajar PhD berusia 36 tahun dari Jambi,  Indonesia dijatuhkan hukuman seumur hidup dengan, dengan sekurang-kurangnya minimum 30 tahun penjara oleh hakim di Mahkamah Manchester minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa perogol serang 195 lelaki bersuara, rakan di Indonesia labelkan Reynhard Sinaga pelajar popular - “Hukuman yang dikenakan setimpal”

Sinaga menjadi tumpuan minggu lalu apabila dia ditangkap selepas cuba merogol seorang mangsa lelakinya, yang merupakan sorang pemain ragbi.

Mangsanya itu tersedar ketika Sinaga cuba untuk melakukan pebuatan keji itu, lalu menumbuknya untuk melepaskan diri sebelum menelefon pihak polis.

Sinaga, yang berhijrah ke United Kingdom pada 2007, dilaporkan telah merogol seramai 195 lelaki antara 2005 dan 2017.

Dia memperdaya mangsa yang mabuk untuk pulang ke apartmennya di Manchester, sebelum memberikan dadah dan menyerang mereka secara seksual.

Peguam di Pejabat Peguam Negara kini mempunyai 28 hari dari tarikh hukuman Sinaga yang dijatuhkan pada 6 Januari, untuk memutuskan sama ada untuk mencabar hukumannya melalui Mahkamah Rayuan. - Metro.co.uk

Artikel Lain