suria

Ibu menyusu bayi sambil pandu kereta jadi tular - “Bahaya tapi agak gila”

Aksi Raquel Reynolds yang tular di media sosial.

SEORANG wanita mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila aksinya menyusu bayi berusia empat bulan sambil memandu kereta tular di media sosial.

Dalam kejadian itu, Raquel Reynolds terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Brisbane, Australia, baru-baru ini.

Ujarnya, dia tiada pilihan kerana bayinya sedang kelaparan.

Dalam rakaman itu, kereta dipandu wanita tersebut bergerak perlahan sambil dia memberi susu badan kepada anaknya.

Dia kemudiannya berkongsi video itu di Instagram.

"Apa anda akan lakukan? Terperangkap kesesakan lalu lintas dan anak lapar.

"Bahaya tapi agak gila," ujarnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, netizen memberikan reaksi berbeza berhubung perkongsian video itu.

Ada yang setuju, tak kurang juga yang mengkritik dan memberi saranan agar wanita itu lebih bersiap-sedia dan berhati-hati. - Daily Star.

Raquel Reynolds, menyusu, bayi

Artikel Lain