suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi tipu bos lewat masuk kerja, wanita hantar foto edit tayar pancit terkena paku

Gambar yang disunting menunjukkan tayar kereta terkena paku. Foto Twitter sydneyywhitson

SEORANG wanita didapati menipu majikannya apabila memberikan alasan lewat ke tempat kerja kerana tayar keretanya pancit.

Rakan sekerja kepada wanita itu, Sydney Whitson berkongsi kisah yang berlaku di media sosial.

Wanita berkenaan menghubungi pejabatnya pada suatu pagi dan memaklumkan keretanya mengalami masalah.

Dia mendakwa terdapat paku yang tertusuk pada tayarnya sehingga pancit.

Bagi membuktikan dakwaan itu, dia kemudian menghantar sekeping gambar kepada majikannya, menunjukkan tayar kereta terkena paku.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan pada gambar berkenaan secara dekat, begitu jelas imej itu telah disunting.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi termasuk netizen menghantar gambar-gambar yang menunjukkan keadaan sebenar apabila tayar pancit terkena paku. - Mirror

pancit, kantoi, paku, tayar

Artikel Lain