suria

Kejam! Pengunjung pantai tangkap jerung, sepak hingga mati sebelum selfie sambil ketawa

Keadaan jerung itu setelah diperlakukan kejam di lokasi kejadian.

TIADA kata yang dapat menggambarkan betapa kejinya perbuatan sekumpulan pengunjung pantai yang menangkap seekor jerung sebelum bertindak kejam sehingga menyebabkan ia mati.

Berlaku di pantai Orewa, Auckland, haiwan sepanjang sembilan kaki itu ditangkap pada Khamis sebelum dipukul hingga tidak bernyawa.

Menurut saksi, jerung itu ditangkap oleh sekumpulan lelaki menggunakan pukat sebelum ditarik ke kawasan darat.

Ia kemudiannya disepak berulang kali sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan pada rahang.

Lebih keji, kumpulan lelaki itu turut ketawa sambil merakam swafoto bersama haiwan itu.

Dalam pada itu, polis mengesahkan ada menerima foto mengenai kejadian berkenaan.

Sehingga kini, pelaku masih belum ditangkap. - Daily Star.

kejam, haiwan, jerung

Artikel Lain