suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasas Facebook dirakam di gedung beli-belah murah - “Troli mereka kosong”

Mark Zuckerberg bersama isterinya di sebuah gedung beli-belah di California. FOTO:SWNS:South West News Service.

JUTAWAN yang juga pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg dilihat hadir di sebuah gedung beli-belah murah di California bersama isterinya, Priscilla Chan.

Biarpun memiliki kekayaan bernilai lebih AS$77 bilion (RM315.8 bilion), dia ternyata selesa membeli-belah di kedai ekonomi seperti orang biasa.

"Saya terkejut lihat mereka. Menurut seorang pekerja, mereka memang selalu datang ke sini.

"Troli mereka kosong, mungkin mereka baru sampai.

"Mereka juga tidak kisah foto dirakam dan ramai yang kata pasangan itu sangat mesra," ujar seorang pengunjung.

Zuckerberg sememangnya dikenali ramai dengan sikap rendah dirinya yang tidak mengangungkan kemewahan. - The Sun.

Mark Zuckerberg, Facebook

Artikel Lain