suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cincin bantu kenal pasti mayat komander kanan Iran

Mayat Soleimani dikenal pasti menerusi cincin dipakainya.

MAYAT komander kanan Iran, Qasem Soleimani dikenali pasti menerusi sebentuk cincin yang sering dipakainya.

Soleimani maut dalam serangan di lapangan terbang Baghdad, awal pagi Jumaat.

Turut terkorban, timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi.

Mayatnya berada dalam keadaan tidak sempurna tetapi identitinya dikenal pasti berdasarkan cincin di tangan kanannya.

Berikutan serangan itu, pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali berkata 'tindakan balas keras sedang menanti' Amerika Syarikat.

Khamenei mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari berikutan kematian Soleimani.

Soleimani merupakan komander tertinggi tentera elit Iran yang disifatkan AS sebagai kumpulan pengganas sejak 2007.

United Kingdom (UK) menyifatkan beliau lebih berkuasa berbanding pemimpin kanan Al-Qaeda, Osama bin Laden yang turut maut ditangan tentera AS.

Sementara itu, pembunuhan Soleimani dijangka meningkatkan ketegangan di seluruh rantau Timur Tengah. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain