suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang laluan dihalang, warga emas berkerusi roda goyang tangga hingga tukang cat jatuh tergolek

Seorang tukang cat terjatuh gara-gara tangga dinaikinya digoyang dengan kuat oleh warga emas yang berang kerana laluannya dihalang. Foto: Metro.co.uk

SEORANG tukang cat terjatuh gara-gara tangga yang dinaikinya digoyang dengan kuat oleh seorang warga emas berkerusi roda.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan tangga yang dinaiki Fernández Sanchez, 46, disandarkan pada sebuah bangunan tiga tingkat di Lima, Peru untuk memudahkannya melakukan kerja mengecat.

Seorang warga emas berkerusi roda kemudian dilihat menghampiri tangga yang dinaiki Sanchez dan bertindak menggoyangkan tangga sehingga mengakibatkan lelaki itu jatuh ke bawah.

Dipercayai tindakan warga emas itu didorong oleh perasaan marah kerana tangga tersebut menghalang laluannya.

Sanchez kemudian dibantu oleh seorang pejalan kaki untuk bangun.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital namun dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Pihak polis sedang menyiasat insiden berkenaan dan sedang mengenalpasti identiti warga emas terbabit. - Metro.co.uk

tukang cat, warga emas, kerusi roda, jatuh

Artikel Lain