suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teringin makan kebab awal pagi, wanita terkejut jumpa pil ‘beracun’ di dalamnya

Sekumpulan wanita menemui pil beracun di dalam kebab dibeli mereka. Gambar sekadar hiasa Foto HNP Newsdesk/Hyde News & Pictures Ltd

DUA lelaki ditahan selepas sekumpulan wanita menemui pil yang disembunyikan di sebalik kebab yang dibeli pada awal pagi.

Kesemua wanita itu yang berusia 20-an menemui pil di dalam kebab dibeli mereka di High Street, Bognor Regis, West Sussex di United Kingdom pada 29 Disember lalu, selepas pulang ke rumah.

Dua lelaki ditahan disyaki meletakkan racun itu dengan berniat jahat untuk mendatangkan kemudaratan.

Jurucakap Polis Sussex berkata: "Polis menahan dua lelaki yang dikaitkan dengan siasatan terhadap pil yang ditemui dalam kebab dibeli pelanggan.

"Kita menahan dua lelaki warga tempatan, berusia 30 dan 42 tahun. 

"Kedua-dua suspek dalam tahanan polis buat masa ini," katanya. - Daily Star




kebab, pil, racun

Artikel Lain