suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing ‘diculik’ akhirnya ditemui 2,000 batu dari rumah pemilik

Saat apabila Zues kembali bersatu dengan pemiliknya, Cassandra. Foto: WBAZ

SEEKOR anjing yang hilang kerana dicuri akhirnya ditemui 2,000 batu dari rumah pemiliknya yang terletak Montanna.

Anjing bernama Zeus itu dipercayai dilarikan ‘rakan’ kepada pemiliknya, Cassandra.

Difahamkan, rakan Cassandra mempunyai kunci pangsapuri wanita itu.

Pencuri  tersebut juga melarikan beberapa barangan berharga lain daripada rumah wanita tersebut.

Zeus ditemui di West Virginia, di mana lokasi itu mengambil masa selama 29 jam pemanduan menaiki kereta.

Memandangkan polisi syarikat penerbangan yang tidak membenarkan haiwan menaiki pesawat, Zeus dibawa pulang dengan menaiki kereta.

Bagaimanapun Cassandra tidak dapat menyertai misi membawa pulang Zeus, justeru ia digalas oleh 15 sukarelawan yang bertanggungjawab membawa anjing itu pulang dengan selamat. - Metro.co.uk

Artikel Lain