suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh kalendar wanita bogel anti rasuah

SEKUMPULAN wanita di Ukraine mengambil bahagian dalam sesi penggambaran foto untuk kalendar bogel, sebagai tanda bantahan terhadap amalan rasuah di bandar mereka.

Kakitangan dan model profesional di sebuah firma bergambar sama ada memakaian pakaian dalam atau tidak berbaju di bandar Odessa.

Kesemua wanita yang mengambil bahagian itu akan memalingkan muka mereka daripada lensa kamera, bagi membolehkan penonton melihat pandangan mereka dari belakang.

Kalendar yang dikeluarkan untuk tahun 2020 itu bagi meningkatkan kesedaran mengenai masalah yang melanda di bandar di Ukraine.

Ini termasuk amalan rasuah sehingga ke kesesakan lalu lintas.

Hasil jualan kalendar itu dilaporkan akan disumbangkan kepada pasukan bersenjata Ukraine dan badan-badan kebajikan.

Bagaimanapun, penghasilan kalendar itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

Ada yang memuji, tidak terkecuali menjadikannya sebagai bahan jenaka. - Daily Star




Ukraine, bogel, kalendar, rasuah

Artikel Lain