suria

Restoran mewah selamba tolak tempahan Putera Harry, Meghan

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex dilaporkan ditolak untuk membuat tempahan di sebuah restoran di North Saanich, Pulau Vancouver. Foto Reuters, Google

TEMPAHAN untuk makan malam Putera Harry dan Meghan Markle dilaporkan ditolak oleh sebuah restoran mewah sewaktu percutian Krismas di Kanada.

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu dikatakan meninjau sebuah restoran makanan laut, Deep Cove Chalet di North Saanich, di Pulau Vancouver sebagai lokasi makan malam menarik.

Bagaimanapun, permintaan pasangan diraja itu untuk tempahan ditolak oleh pemiliknya disebabkan oleh keselamatan yang tinggi diperlukan untuk melayan mereka sebagai pelanggan.

Bercakap kepada Vancouver Sun, pemiliknya, Bey and Pierre Koffel berkata, suaminya menerima panggilan daripada pasukan pasangan itu.

"Bagaimana anda tahu siapa kami," ujar mereka.

"Dan saya jawab bukannya susah pun," tambahnya. 

Restoran itu merupakan lokasi popular untuk majlis perkahwinan dan hidangan istimewa bagi makanan laut. - Metro

Artikel Lain