suria

Pesalah seks dilatih jadi pencuci tingkap dalam penjara, mudah dapat kerja selepas dibebaskan

Seorang pekerja mencuci tingkap. Gambar sekadar hiasan/Foto NICHOLAS KAMM / AFP

PESALAH seks yang dihukum penjara kini dilatih untuk menjadi pencuci tingkap.

Latihan tersebut ditawarkan di penjara Stafford di Staffordshire, United Kingdom.

Banduan diajar mengenai beberapa cara termasuk nasihat keselamatan semasa memanjat tangga.

Idea tersebut bagi membantu memudahkan mereka mendapat pekerjaan selepas dibebaskan.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan bahawa ia boleh memberikan risiko kepada pelanggan.

Menurut sumber penjara: "Memberikan pesalah seks bebas untuk memanjat tangga dan melihat di sebalik tingkap selepas mereka dibebaskan boleh menimbulkan masalah.

"Siapapun yang cetuskan idea ini sudah tentu tidak menelitinya dengan jelas."

Kursus yang dijalankan di penjara Stafford itu mengkhususkan pesalah seks yang akan dibebaskan.

Banduan boleh mengikuti latihan mencuci tingkap selama tiga mungkin, yang merupakan sebahagian daripada kursus industri pembersihan. - Mirror


penjara, banduan, Stafford, seks, pesalah

Artikel Lain