suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragik kematian pasangan kembar, mayat dipercayai bunuh diri bersama ditemui

Penemuan dua mayat di Dibden Lane menggemparkan penduduk tempatan. Image: xxxxxxxxxxx / Daily Star

DUA saudara kembar ditemui mati di sebuah lorong di kawasan pedalaman, dikhuatiri berpunca daripada tindakan bunuh diri bersama.

Mayat kedua-dua lelaki berusia 31 tahun itu ditemui di Sevenoaks, Kent di England pada Sabtu.

Menurut laporan, mereka ditemui pada sebatang pokok berdekatan sebuah ladang.

Memetik laporan The Sun, sumber memberitahu kematian pasangan kembar itu dikatakan berpunca daripada bunuh diri.

Turut dilaporkan keluarga mangsa menyuarakan kebimbangan itu.

Bercakap kepada akhbar, seorang penduduk tempatan berkata: "Ia mengerikan, dan hanya berlaku selepas Krismas.

"Saya amat bersimpati dengan keluarga mereka," tambahnya.

Polis Kent dalam satu kenyataan berkata: "Polis Kent menerima panggilan pada pukul 11.34 pagi waktu tempatan pada Sabtu selepas dua mayat ditemui di Dibden Lane, Sevenoaks.

"Siasatan sedang dijalankan berhubung kematian," tambah kenyataan itu. - Daily Star

Artikel Lain