suria

Tak sempat habis makan malam, orang buruan paling dikehendaki ditahan pihak berkuasa

Berita penahanan itu disahkan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA). FOTO: Liverpool Echo WS.

DANIEL Burdett dari Liverpool disyakki menjadi ketua kepada kumpulan penjenayah yang menyeludup senjata apa dari Belanda ke United Kingdom (UK).

Dianggap sebagai antara orang buruan paling dikehendaki di negara itu, dia akhirnya berjaya ditahan sewaktu sedang menikmati makan malam sempena Krismas di Belanda.

Berusia 28 tahun, dia tahan di sebuah restoran pada Rabu lalu.

Berita penahanan itu disahkan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).

Selain kes penyeludupan senapang, dia turut dikaitkan dengan kesalahan melibatkan dadah.

Dalam perkembangan terbaharu, dia akan diekstradisi ke UK untuk didakwa dan dibicarakan. - Daily Star.

 

Daniel Burdett, orang buruan

Artikel Lain