suria

Zaman sudah berubah, pengemis minta orang ramai imbas kod QR untuk sedekah wang

Pengemis di China tawar transaksi atas talian untuk minta sedekah. Foto : Facebook/Fazil Irwan

TULAR baru-baru ini apabila pemilik akaun Facebook, Fazil Irwan berkongsi pengalaman rakannya di Beijing, China. 

Seramai 16,000 pengguna laman sosial telah berkongsi postingnya yang mana menceritakan seorang pengemis menawarkan transaksi atas talian di untuk bersedekah kepada mereka.

Menurut Fazil, rakannya yang tidak mempunyai wang tunai ketika berkunjung ke negara itu ditawarkan untuk mengimbas kod QR (QR Code) menerusi aplikasi WeChat untuk memberi sumbangan kepada pengemis. 

"Dalam jawatan terdahulu saya, saya bercakap tentang bagaimana hampir semua transaksi dilakukan melalui WeChat di China. 

Pengemis di China telah melupakan kaedah meminta sedekah secara tradisional sejak tahun 2017.

"Begitu juga sesetengah kawan kami pergi untuk makan malam dan didekati pengemis di jalan raya untuk meminta wang. 

"Salah seorang rakan kami memberitahu pengemis tersebut bahawa dia tidak mempunyai wang tunai. Pengemis itu pun berkata,  'OK, anda boleh membayar melalui WeChat'," tulisnya. 

Selain menerima transaksi atas talian melalui QR Code, pengemis itu juga turut menerima sumbangan daripada aplikasi WeChat. 

Memetik laporan China Daily, segelintir pengemis di China telah melupakan kaedah tradisional untuk meminta sedekah. 

Sebaliknya, pengemis itu telah menjalankan urus niaga atas talian semenjak tahun 2017. - Asia One

Pengemis

Artikel Lain