suria

Gadis bunuh diri, mahu ‘ikut jejak’ tunang yang maut dalam kemalangan

Alice Robinson sempat menghantar mesej teks kepada tunangnya, Jason sejam selepas mengetahui kematian lelaki itu. Foto: Dailystar

SEORANG gadis bertindak nekad membunuh diri kerana mahu ‘mengikut jejak’ tunangnya.

Pada sesi pendengaran, inkues diberitahu bahawa Alice Robinson membunuh dirinya beberapa jam selepas tunangnya, Jason Francis terbunuh selepas dilanggar pemandu penghantaran Domino dalam satu kemalangan jalan raya di Australia.

Alice ditemui mati di dalam keretanya di Perth pada 23 Disember.

Kedua-dua ibu bapa Alice, Leigh dan Dawn Robinson  memberi penghormatan  dan menyifatkan anak gadis mereka sebagai ‘cantik, berbakat dan lembut’.

Inkues di Shrewsbury diberitahu bahawa Alice menghantar teks kepada tunangnya, Jason kira-kira sejam selepas diberitahu tentang kematian lelaki itu.

Di dalam teks mesej tersebut, Alice memberitahunya bahawa dia menyayangi tunangnya dan menyatakan niat untuk ‘menyertainya’.

Pasangan kelahiran Shropshire sudah bertunang dan telah berhijrah ke Australia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada akhir inkues, ibu bapa Alice berkata mereka percaya anak perempuan mereka - yang mati selepas meminum alkohol dan mengambil pil- tidak sepatutnya dibenarkan keluar dari hospital berseorangan selepas mengetahui kematian tunangnya.

Mereka meminta satu perubahan prosedur di Hospital Royal Perth berikutan kematian gadis berusia 26 tahun itu. - Dailystar

gadis, bunuh diri, tunang, kemalangan

Artikel Lain