suria

Gara-gara cabaran makan cili, YouTuber nyaris maut tercekik

Seorang bintang YouTube cuba memakan dua cili terpedas di dunia. Foto YouTube Hugo Lara

TINDAKAN seorang bintang YouTube terkenal menyahut cabaran media sosial memakan cili mengundang padah semasa mengunyah makanan itu.

Pelawak Mexico itu, Hugo Lara merakamkan dirinya sendiri memakan dua cili habanero, salah satu cili paling pedas di dunia.

Dia bagaimanapun tercekik semasa mengunyah cili itu sehingga dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menghalang personaliti tersebut untuk memuat naik video berkenaan di saluran YouTube miliknya.

Klip video tersebut menunjukkan bagaimana adiknya, Yazmin dan dua lagi wanita mula memakan cili pedas.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, YouTuber tersebut kemudian memaklumkan keadaannya kini bertambah baik. - Mirror

cili, YouTube, YouTuber, Hugo Lara

Artikel Lain