suria

Ibu 3 anak maut jalani pembedahan cantikkan punggung

Leah Cambridge maut semasa melakukan pembedahan untuk mencantikkan punggung. Foto Cambridge Family / SWNS

SEORANG ibu tiga anak maut semasa menjalani pembedahan 'mencantikkan punggung' mungkin tidak dimaklumkan mengenai risikonya, menurut pendengaran inkues.

Leah Cambridge, 29, membuat simpanan ribuan pound bagi melakukan pembedahan kecantikan itu di Turki pada Ogos tahun lalu.

Semuanya gara-gara terlalu paranoid dengan bentuk badannya sendiri.

Bagaimanapun, dia maut semasa melakukan pembedahan itu, semasa lemak dikeluarkan daripada bahagian tertentu di badannya termasuk perut dan belakang badan.

Pemidahan lemak itu disalurkan ke bahagian punggung bagi menimbulkan kesan yang lebih menarik pada bentuk badannya.

Menerusi inkues berhubung kematiannya di Mahkamah Koroner Wakefield, pakar kecantikan itu menempah prosedur menerusi sebuah syarikat yang menghubungkan pesakit dengan pakar bedah di Turki.

Pakar bedah rekonstruktif dan perunding bedah plastik di Hospital Royal Free di London, Simon Witney pada Khamis memberikan justikasinya.

Dia menjelaskan bahawa bagaimana larangan sementaran untuk melakukan penbedahan di United Kingdom sehingga lebih banyak maklumat mengenai bahayanya diperoleh.

Beliau berkata, ia susulan laporan oleh pasukan petugas khas di Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan bahawa pembedahan itu adalah 10 kali ganda bahaya sebagai pembedahan kosmetik. - Mirror

bedah plastik, punggung

Artikel Lain