suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya pakai apron dan seluar dalam untuk layan pelanggan, pelayan bar didenda RM276

Empat pelayan di sebuah bar di Bangkok, Thailand ditangkap dan didenda gara-gara berpakaian tidak senonoh ketika melayani pelanggan. Foto: Dailystar

EMPAT pelayan di sebuah bar di Bangkok, Thailand ditangkap gara-gara berpakaian tidak senonoh ketika melayani pelanggan.

Kesemua pelayan berkenaan tidak mengenakan baju, sebaliknya hanya memakai apron dan seluar dalam.

Pelayan yang berusia di dalam lingkungan umur 24 hingga 34 tahun itu diupah untuk menarik pelanggan sewaktu shif malam di bar tersebut.

Setiap gadis memakai apron berwarna terang dan menggunakan hiasan bagi menutupi buah dada mereka.

Satu rakaman video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang pelanggan menggunakan telefon bimbit, menunjukkan gadis-gadis pelayan bar yang hanya memakai apron itu melayani pelanggan.

Ia menimbulkan kemarahan penduduk tempatan yang konservatif, sebelum membuat laporan kepada pihak polis.

Gadis-gadis pelayan tersebut berserta pemilik bar masing-masing dikenakan denda 2,000 baht (RM276) kerana berkelakuan tidak senonoh. - Dailystar

pelayan, bar, apron

Artikel Lain