suria

Kerana gila kapal terbang, pasangan kenal dari ‘online game’ kahwin dalam pesawat

Cathy dan David disatukan sebagai suami isteri di dalam pesawat. Foto Jetstar/Youtube

SATU pasangan disatukan sebagai suami isteri pada ketinggian 34,000 kaki sambil disaksikan oleh penumpang dalam pesawat.

Impian perkahwinan itu tercetus di atas kegilaan mereka terhadap kapal terbang.

David Valliant dan Cathy Rolfe bertemu menerusi permainan video dalam talian, Aviation City lapan tahun lalu sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Lapangan terbang Sydney di Australia menjadi saksi dating pertama mereka sebelum menjalinkan hubungan lebih serius.

Cathy memakai gaun pengantin berjalan sambil disaksikan para penumpang. Foto Jetstar/Youtube

Selepas bercinta selama beberapa tahun, pasangan dari New Zealand itu berdepan dengan kesukaran untuk mencari lokasi perkahwinan mereka.

Mereka kemudian untuk memutuskan tema kisah cinta mereka di udara, dalam penerbangan.

David dan Cathy berkahwin dalam pesawat semasa penerbangan Jetstar JQ201 dari Auckland dan Sydney pada 9 Oktober lalu. - Mirror

Artikel Lain