suria

Jijik! Lelaki selamba berus gigi, meludah di platform tren ketika waktu puncak

Seorang lelaki selamba memberus gigi di platform sebuah tren bawah tanah di London. Foto Twitter Melissa Therms

SEORANG pengguna tren dikecam kerana memberus gigi dan meludah di lantai platform stesen tren bawah tanah ketika waktu puncak.

Aksi lelaki itu dirakamkan melakukan rutin paginya di stesen yang ramai penumpang, sebelum berulang kali meludah di platform.

Sekeping gambar yang dikongsikan secara dalam talian menunjukkan seorang lelaki selamba memberus giginya semasa menunggu tren Tube di London.

Pengguna Twitter, Melissa Therms memuat naik foto berkenaan dengan kapsyen: "Tingkah laku menjijikkan di stesen Euston pagi ini.

"Platform sesak dengan penumpang dan lelaki ini mula memberus gigi dan berulang kali meludah di platform," tambahnya.

Kesan ludah selepas seorang lelaki memberus gigi di platform tren. Foto Twitter Melissa Therms

Ketua pegawai pelanggan Transfor for London, Mark Evers berkata, menjadi keutamaan untuk semua penumpang dapat menggunakan perkhidmatan dengan selesa, malah mereka memperkenalkan kempen untuk memupuk kesedaran bagaimana untuk menjadikan perjalanan lebih mudah buat penumpang lain.

"Ini termasuk menggalakkan orang ramai untuk melihat sekiranya terdapat penumpang lain yang mungkin mengalami kesulitan untuk berdiri dan memerlukan kerusi, dan meminta orang lain tidak memainkan muzik dengan begitu kuat, menikmati makanan yang berbau atau memakai beg galas semasa tren sesak dengan penumpang.

"Secara jelas meludah merupakan tindakan yang tidak boleh diterima, dan peranan kami adalah memastikan semua pihak melalui perjalanan yang selesa," katanya. - Daily Star

gigi, tren, Tube, London, ludah

Artikel Lain