suria

Kek kahwin tumbang gara-gara tetamu bertumbuk di majlis kahwin

Rakaman video menunjukkan kekecohan berlaku dalam satu majlis perkahwinan mewah.

SEBUAH majlis perkahwinan mewah bertukar kecoh apabila beberapa tetamu dilihat bertumbuk di dalam dewan.

Rakaman video menunjukkan sekurang-kurangnya empat lelaki menumbuk seorang pemuda di bahagian muka sebelum ditenangkan tetamu lain.

Kekecohan itu sekaligus menjejaskan majlis perkahwinan yang diraikan di Surrey, British Columbia yang terletak di Kanada pada Ahad.

Lebih parah, kekecohan itu turut merosakkan kek kahwin yang diletakkan di atas sebuah meja.

Malah rakaman lain yang diambil di luar dewan menunjukkan beberapa tetamu wanita bergaduh berdekatan pintu masuk.

Seorang lelaki dilihat cuba menarik seorang wanita yang bertindak agresif.

Wanita itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut lalu bertindak menamparnya.

Geram dengan tindakan itu, lelaki berkenaan menumbuk wanita terbabit di mukanya sebanyak dua kali.

Kekecohan terhenti apabila seorang wanita mengheret kawannya itu masuk ke dalam sebuah kereta.

Tidak dapat dipastikan sama ada kekecohan itu dicetuskan tetamu yang hadir. - Mirror.co.uk

tumbuk, kecoh, majlis kahwin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Artikel Lain