suria

Budak termasuk 25 migran ditemui diseludup dalam kontena sejuk beku

Kesemua mangsa ditemui masih hidup.

SEBUAH lori membawa 25 migran dalam sebuah kontena sejuk beku ditemui di atas sebuah feri yang berlepas dari Belanda menuju ke England.

Krew feri terbabit berkata seorang kanak-kanak antara 25 migran ditemui di dalam kontena itu.

Petugas kecemasan bergegas ke feri Britannia Seaways yang berlepas dari Vlaardingen petang Selasa.

NOS melaporkan sekurang-kurangnya 20 ambulans dihantar ke pelabuhan Vulcaanhaven, lokasi kotena itu dikembalikan.

Kesemua migran dipercayai masih hidup.

Dua daripada mereka dihantar ke hospital untuk pemantauan rapi.

Sementara itu, kira-kira 23 lagi migrain sudah dibawa polis untuk tindakan susulan. - Mirror.co.uk

migran, kontena sejuk beku, feri

Artikel Lain