suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mungkin sekali seumur hidup sahaja” - Pesara umur 45 hingga 84 tahun tampil berbogel untuk kalendar 2020

Antara foto dalam kalendar itu. FOTO: MDWfeatures / Liam Young.

SEBUAH organisasi kebajikan tampil dengan idea unik dalam penghasilan kalendar 2020.

Mahu melupuskan stigma mengenai usia, beberapa pesara tampil berbogel untuk kalendar berkenaan.

Menurut organisasi Elders Voice, model-model yang sudah berusia itu diminta berbogel bagi menunjukkan umur bukan penghalang dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata Richard Downes pula, dia terlibat dalam projek itu setelah diajak oleh isterinya, Jean Bayliss.

"Saya lakukannya sebab isteri yang suruh. Dia pujuk, katanya menyeronokkan.

"Ia mungkin sekali seumur hidup sahaja. Kami sudah lama menyokong organisasi ini.

"Orang lain mungkin tertanya-tanya. Tapi saya 63 tahun dan saya kelihatan hebat sebagaimana kehidupan saya," ujarnya.

Badan kebajikan itu mengambil inspirasi kalendar yang memaparkan gadis muda dan usaha itu direalisasikan pengarahnya, Karolina Januszek.

10 model dalam kalendar itu berusia 45 hingga 84 tahun.

Ia turut dijual menerusi dalam talian dan tersedia untuk mereka di United Kingdom. - Daily Star.

Elders Voice, pesara, kalendar 2020, bogel

Artikel Lain