suria

Telefon bimbit jatuh dalam tab mandi ketika dicas, gadis 13 tahun alami luka terbakar serius

Kesan parut akibat luka terbakar serius dialaminya selepas insiden itu.

SEORANG gadis terkena renjatan elektrik apabila telefon bimbitnya terjatuh di dalam tab mandi ketika sedang dicas.

Mangsa berusia 13 tahun itu menjerit kesakitan semasa insiden tersebut menyebabkan ibunya bergegas ke bilik mandi.

Dia bagaimanapun berjaya ditarik keluar ibunya dari tab mandi itu.

Sebaik paramedik tiba di rumah, mereka cuba melakukan bantuan pernafasan untuk menyedarkan semula mangsa.

Mangsa bagaimanapun menerima rawatan di hospital selama dua hari sebelum menjalani pembedahan untuk menyembuhkan kesan luka terbakar serius pada tangan dan perutnya.

Pengalaman dilalui gadis itu mendapat perhatian seorang doktor di Pusat Perubatan Universiti Vrije di Amsterdam, lokasi dia dirawat untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya penggunaan telefon bimbit ketika mandi.

"Risiko peranti elektrik di rumah sering kali dipandang ringan.  Walaupun produk itu diujui dan diperakui secara menyeluruh, ia amat berbahaya jika tidak digunakan dengan baik.

"Luka terbakar disebabkan peranti elektrik boleh meninggalkan kesan parut sepanjang hayat. Ia juga menyebabkan kematian," katanya. - Mirror.co.uk

Artikel Lain