Aksi pramugara suap penumpang tua dalam pesawat jadi viral, netizen tersentuh! - Dunia | mStar

Aksi pramugara suap penumpang tua dalam pesawat jadi viral, netizen tersentuh!

Donny Prima Yuszela, seorang pramugara Lion Air menyuap seorang penumpang tua ketika penerbangan JT-862 dari Surabaya menuju Palangkaraya minggu lalu. Foto: Instagram armainiimay

BEGITU menyentuh hati!

Begitulah komen-komen netizen yang terharu saat melihat perkongsian seorang wanita di Instagram, yang memaparkan video seorang pramugara menyuap seorang nenek ketika berada di dalam pesawat.

Video berkenaan menjadi tular di internet dengan para netizen memberi komen yang positif mengenai sikap yang ditunjukkan pramugara itu.

Wanita tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, @armainiimay berkongsi video di mana pramugara bernama Donny Prima Yuszela sopan melayani seorang nenek, sambil turut menyuapkannya makanan.

Difahamkan, Donny Prima Yuszela merupakan anak kapal syarikat penerbangan Lion Air dan sedang bertugas ketika penerbangan  JT-862 dari Surabaya menuju Palangkaraya, minggu lalu.

“Perjalanan ku malam tadi naik pesawat Lion Air dari SBY menuju PKY, kagum melihat dedikasi seorang pramugara yang dengan Sabar melayani nenek dengan usia 117 tahun yang tidak mau memasang tali pinggang keselamatan padahal pesawat telah take off dan nenek minta kembali turun dari pesawat.

“Dengan perlakuan penuh kasih sayang diberi minum, disuapi makan dengan lembut seperti merawat orang tua sendiri pada akhirnya si nenek mau memasang tali pinggang keselamatan” tulis wanita itu di perkongsiannya. – Tribun News

pramugara , pesawat , penumpang , suap

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain