suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi wang RM23, lelaki gelandangan sanggup dipukul, ditumbuk hingga pengsan

Pedro terbaring di atas jalan selepas dipukul dan ditumbuk.

SEORANG lelaki gelandangan sanggup dipukul dan ditumbuk sehingga pengsan gara-gara wang lima euro (RM23).

Mangsa tampil selepas polis Sepanyol mengeluarkan rakaman insiden itu dan merayu orang ramai yang ada maklumat mengenainya supaya membantu siasatan.

Video pendek itu menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali ditumbuk dan jatuh di atas jalan sambil tersenyum ke arah kamera.

Di akhirnya video itu, dia dilihat terbaring di atas jalan tidak sedarkan diri.

Insiden dipercayai berlaku di Gran Canaria, Las Palmas.

Pada malam Isnin lalu, tular kisah mangsa yang juga seorang gelandangan yang setuju ditumbuk dan dipukul sehingga pengsan demi wang 5 euro (RM23).

Mangsa berusia 34 tahun dikenali sebagai Pedro itu memberitahu stesen TV Canarian bahawa dia ditawarkan sejumlah wang sebagai pertukaran kepada perbuatan tersebut.

Pedro turut mengesahkan dia ditumbuk sehingga pengsan dan tidak ingat apa-apa mengenai insiden itu. - Mirror.co.uk

gelandangan, tumbuk, pukul, pengsan

Artikel Lain