Sempat hubungi bos sambil menangis beritahu tikam teman lelaki hingga mati - Dunia | mStar

Sempat hubungi bos sambil menangis beritahu tikam teman lelaki hingga mati

McMahon mengakui menikam teman lelakinya sebanyak 30 kali dengan sebilah pisau.

SEORANG wanita menikam kekasihnya sebanyak 30 kali sebelum menghubungi bosnya memaklumkan perbuatannya itu sambil menangis. 

Clare McMahon mendakwa teman lelakinya, John Robinson, 37, mencederakan lengannya dengan sebilah pisau sebelum dia berjaya merampas senjata tajam itu daripada mangsa.

Wanita berusia 35 tahun itu kemudian mengelar leher dan menikam belakang mangsa dalam kejadian di balkoni kediaman mereka di Dunkinfield, Greater Manchester pada 23 Mei lalu.

Hasil bedah siasat mendapati Robinson meninggal dunia akibat kecederaan parah di belakang badan termasuk luka sedalam 12 sentimeter menembusi arteri dan kerongkongnya.

McMahon mengakui membunuh Robinson tetapi menolak dakwaan berniat membunuh dengan mendakwa dia mengalami tekanan perasaan akibat sering dikasari mangsa sepanjang hubungan mereka.

Sebuah mahkamah diberitahu bahawa wanita itu menghubungi majikannya, Daniel McManus sebaik selepas insiden itu.

Timbalan pendakwa raya, Francis McEntee berkata pasangan itu mengenali satu sama lain selama 15 tahun.

Dia memberitahu mahkamah bahawa McMahon dilihat dalam keadaan baik, membuat lawak seperti biasa dan ketawa sebelum menghubungi McManus pada tengah malam dalam keadaan menakutkan. 

"McMahon berkata seperti 'Saya fikir saya bunuh dia, saya tikam dia hingga mati'. 

"McMahon juga beritahu dia dipenuhi darah dan sebaik sahaja dia ditenangkan, dia beritahu Robinson mencederakan tangannya. 

"Saya tak boleh halang diri saya. Saya tikam dia," itu kata Clare McMahon yang kemudiannya didedahkan oleh McEntee kepada mahkamah. - Metro.co.uk

tikam , teman lelaki , pisau

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain